WAKAF TELAGA KEMBOJA & BANGLADESH
APAKAH MAKSUD WAKAF?
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
MISI & VISI
HALAQAH MUKHLISIN membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk mewaqafkan perigi di Kemboja dan Bangladesh sebagai usaha untuk meringankan bebanan warga miskin untuk mendapatkan bekalan air bersih khasnya di kawasan pedalaman yang tiada sistem perpaipan.
ANTARA RAKAN KERJASAMA HALAQAH MUKHLISIN DI KEMBOJA
TELAGA TIUB KEMBOJA
Telaga Tiub di Kemboja sangat diperlukan oleh penduduk terutama yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari punca bekalan air. Kebanyakan tempat di Kemboja tiada bekalan air paip dan mereka hanya bergantung kepada air sungai atau telaga yang dikorek. Punca air juga jauh dari kediaman menyebabkan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan.
PEMILIHAN TAPAK TELAGA
Tapak pembinaan telaga dipilih di kawasan pedalaman dan masih memerlukan telaga untuk jangka masa 5-10 tahun lagi agar telaga itu dapat dimanfaatkan dalam jangka masa yang agak lama selari dengan maksud pewakaf yang inginkan penggunaan telaga secara berterusan agar pahala untuk pewakaf sentisa mengalir.
PROSES MENGGALI TELAGA
Telaga digali dengan kaedah "boring" meggunakan mesin yang disewa untuk kerja-kerja khas. Setiap telaga yang sedang digali akan diambil gambar dan video untuk tatapan pewakaf sebagai bukti perlaksanaan. Kedalaman telaga bergantung kepada kawasan. Anggaran kedalaman di antara 5-20 meter sehingga mencapai kedalaman air bersih.
PROSES PEMASANGAN PAM DAN PEMBINAAN TAPAK
Telaga yang telah digerudi dan terbukti mengeluarkan air yang bersih dengan kedalaman yang ideal akan dipasang dengan pam air serta dibina tapak konkrit untuk memudahkan penggunaan penduduk setempat. Kebiasaannya satu telaga dikongsi oleh penduduk berdekatan untuk kegunaan seharian.
UJIAN KEBERKESANAN TELAGA DAN BACAAN DOA
Telaga yang telah siap dicat diuji terlebih dahulu dan akan dipasang dengan plat senarai nama penyumbang serta disusuli dengan bacaan doa sebagai tanda terima kasih kepada penyumbang.
SESI LAWATAN HALAQAH MUKHLISIN KE TAPAK TELAGA
Sesi lawatan ke tapak pembinaan telaga akan dilakukan setiap tahun oleh wakil Halaqah Mukhlisin dari Malaysia untuk memastikan telaga berfungsi dengan baik dan masih boleh digunakan.
TELAGA WAKAF BANGLADESH
Telaga wakaf di Bangladesh disalurkan melalui salah satu persatuan kebajikan di Bangladesh yang menjaga beberapa madrasah serta rumah anak yatim. Telaga dibina dan digali secara manual di kawasan penempatan umat Islam di kalangan fakir miskin terpilih yang daif dan memerlukan.
PEMILIHAN TAPAK TELAGA
Tapak pembinaan telaga dipilih di kawasan pedalaman dan masih memerlukan telaga untuk jangka masa 5-10 tahun lagi agar telaga itu dapat dimanfaatkan dalam jangka masa yang agak lama selari dengan maksud pewakaf yang inginkan penggunaan telaga secara berterusan agar pahala untuk pewakaf sentisa mengalir.
PROSES MENGGALI TELAGA
Telaga digali dengan kaedah menggali secara manual "boring" meggunakan tenaga manusia 100% tanpa menggunakan mesin. Setiap telaga yang sedang digali akan diambil gambar dan video untuk tatapan pewakaf sebagai bukti perlaksanaan. Kedalaman telaga bergantung kepada kawasan. Anggaran kedalaman di antara 5-20 meter sehingga mencapai kedalaman air bersih.
PROSES PEMASANGAN PAM DAN PEMBINAAN TAPAK
Telaga yang telah digerudi dan terbukti mengeluarkan air yang bersih dengan kedalaman yang ideal akan dipasang dengan pam air serta dibina tapak konkrit untuk memudahkan penggunaan penduduk setempat. Kebiasaannya satu telaga dikongsi oleh penduduk berdekatan untuk kegunaan seharian.
UJIAN KEBERKESANAN TELAGA DAN BACAAN DOA
Telaga yang telah siap dicat diuji terlebih dahulu dan akan dipasang dengan plat senarai nama penyumbang serta disusuli dengan bacaan doa sebagai tanda terima kasih kepada penyumbang.
Jom ramai-ramai kita berwakaf telaga untuk kegunaan ummat Islam di Kemboja dan Bangladesh sebagaimana yang telah dilakukan oleh sahabat Nabi SAW iaitu Saiyidina Abu Talhah r.a setelah mendengar ayat 92 di dalam surah Ali Imran :
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa Saiyidina Abu Talhah r.a telah menginfaqkan telaga ini sebaik sahaja dia mendengar firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 92 :
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu infaqkan sebahagian dari apa yang kamu sayang”.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat..