SEDEKAH DAGING KAMBING DAN SABIL MAKANAN DI MEKAH

SEDEKAH DAGING KAMBING DI MEKAH
KHAS UNTUK WARGA MALAYSIA YANG PEMURAH



HALAQAH MUKHLISIN TRAVEL & TOURS telah menganjurkan program "SEDEKAH DAGING KAMBING DI MEKAH" bermula dari November 2021 dan akan berterusan dilakukan setiap tahun bagi memberi peluang kepada semua ummat Islam khasnya di Malaysia untuk menyumbang kepada golongan miskin khasnya di Mekah Al Mukarramah

Selain daripada peluang menyumbang untuk golongan miskin, penyumbang juga berpeluang merebut ganjaran pahala "100 ribu kali ganda" untuk setiap amalan kebaikan yang dilakukan di dalam Tanah Haram Mekah.
Sebaiknya, sedekah ini diniatkan khas untuk ibu bapa, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia atau untuk yang tersayang sebagai bekalan di alam kubur sementara ada kemampuan dengan kadar yang berpatutan.   

Semoga Allah Taala menjemput semua yang menyertai program ini untuk menjadi tetamuNya sama ada umrah atau haji dalam jangka masa terdekat, insyaallah...



APA KELEBIHANNYA DI MEKAH?


 Ambil keberkatan tanah suci Mekah.

 Pahala berlipat kali ganda. 

 Tempat berlakunya peristiwa Nabi Ibrahim as menyembelih Nabi Ismail as.

 Daging sedekah dipotong, dibungkus dan diagihkan kepada orang miskin.



Suasana di pusat sembelihan Kilo Asyaro Mekah 


PERLAKSANAAN SEMBELIHAN





Sembelihan pada 29 November 2021 dilakukan sendiri  oleh

Pengarah Urusan Halaqah Mukhlisin Travel & Tours, Hj Shahrizal







Gambar suasana ketika agihan sedekah daging kambing

Video agihan sedekah daging kambing
di sekitar Kota Mekah.



APAKAH KELEBIHAN SEDEKAH DAGING KAMBING MELALUI HALAQAH MUKHLISIN TRAVEL & TOURS?


 Cara pendaftaran yang lebih sistematik, mudah dan lebih teratur.


 Cara pembayaran mudah melalui sistem online (bank transfer atau ToiyyibPay).


 Program ini dilakukan setiap bulan pada hari Jumaat.


 Boleh disertai oleh seluruh umat Islam seluruh dunia khasnya dari Malaysia.


 Gambar perlaksanaan sembelihan dan agihan disediakan.


 Video perlaksanaan  juga insya-Allah akan dirakam.


 Setiap sedekah daging kambing dengan kadar yang sangat mampu.



Syarat Penyertaan


 Terbuka kepada semua umat Islam khasnya dari Malaysia.


 Pendaftaran terus melalui borang Onpay ini atau melalui wakil yang sah sahaja.


 Sila isikan detail untuk setiap bahagian peserta sedekah seperti nama, no tel dan email. Sekiranya diniatkan untuk arwah, letakkan namanya pada bahagian

nama peserta manakala detail wakil yang mendaftar pada no tel dan email.  


 Pastikan semua detail seperti email, no tel, alamat serta ejaan pada nama peserta betul.


 Setelah selesai pendaftaran, pengesahan pendaftaran akan dibuat dalam masa 24-48 jam. Pengesahan akan dihantar melalui email.



 Gambar dan video perlaksanaan akan dipaparkan di dalam Telegram Channel Sedekah Daging Kambing dan Sabil Makanan Halaqah Mukhlisin Travel & Tours.


 Peserta boleh mendapatkan salinan gambar dan video melalui telegram channel tersebut.


 Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi terus melalui whatsapp pada link di bawah:


http://wasap.my/60123845900/sedekah+kambing+mekah




BAGAIMANA CARA NAK SERTAI?

Anda boleh menyumbang dengan kadar serendah RM50  untuk 1 bahagian kambing. Seekor kambing terbahagi kepada 12 bahagian. Ini bermakna, seekor kambing bernilai RM 600.

1 bahagian kambing = "RM 50"
1 ekor kambing = 12 bahagian = "RM 600"

Sekiranya ingin menyumbang 1 ekor kambing, boleh letakkan 12 unit / bahagian di ruangan pesanan.

Setiap bahagian sedekah boleh diletakkan / diniatkan untuk 1 orang penama. Ini bermakna, 1 ekor kambing boleh diletakkan / diniatkan untuk 12 orang penama.




APA KATA WAKIL PESERTA?


SEDEKAH SABIL MAKANAN

HALAQAH MUKHLISIN TRAVEL & TOURS juga menganjurkan program "SABIL MAKANAN" di Kota Mekah khasnya untuk petugas-petugas Masjidil Haram Mekah sebagai meringankan tahap kehidupan mereka. Pendapatan mereka bergantung kepada sumbangan daripada jemaah kerana kadar gaji tetap mereka masih dikategorikan sebagai miskin.

Semoga sumbangan sabil ini dapat membantu kehidupan ummat di kota suci Mekah dengan harapan supaya doa-doa mereka untuk kita dimakbulkan Allah Taala... Aminnn...

Video perlaksanaan program agihan sabil makanan di Kota Mekah   


Ucapan penghargaan daripada Hj Shahrizal Salleh, Pengarah Urusan Halaqah Mukhlisin Travel & Tours di Mekah Al Mukarramah  



BAGAIMANA CARA UNTUK MENYUMBANG SABIL MAKANAN?

Penyumbang boleh menyalurkan sekurang-kurangnya RM20  untuk 1 unit sabil makanan dengan 1 bungkus nasi arab bersama sepeha ayam berserta sebotol air mineral untuk diagihkan.


Setiap bungkus nasi arab dengan sepeha ayam untuk agihan sabil.

1 unit sabil = [1 bungkus nasi arab + sepeha ayam + air mineral]
= RM20


Segala aktiviti berkenaan dengan program sedekah daging kambing dan sabil makanan di Mekah akan dipaparkan di dalam Channel Telegram Sedekah Daging Kambing dan Sabil Makanan Halaqah Mukhlisin untuk tatapan umum khasnya kepada para penyumbang sebagai bukti perlaksanaan.

Sila join channel telegram di bawah dan kongsikan dengan sahabat serta saudara mara anda. Semoga sedekah jariah anda akan berterusan seperti mengalirnya air di sungai..

https://t.me/sedekahdagingsabilmekah



JOM TINGKATKAN SEDEKAH JARIAH DENGAN PAHALA BERGANDA DI TANAH SUCI MEKAH...

Semoga ibadah sedekah pada kali ini dipermudahkan dan diberkati Allah Taala...


Aminn... Ya Rabbal 'Alaminn...




SILA ISIKAN BORANG ONPAY DI BAWAH!!






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
SEDEKAH DAGING KAMBING (RM50 / SGD20 SEBAHAGIAN)
SABIL MAKANAN DI MEKAH (NASI + AYAM + AIR) (RM20 / SGD8 / PAX)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA


Maklumat Peniaga

HALAQAH MUKHLISIN
halaqahmukhlisinr@gmail.com