QURBAN DAN AKIKAH DI KEMBOJA / BANGLADESH / MEKAH


PENGERTIAN QURBAN


Qurban dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih haiwan tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT. Haiwan yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kambing, kerbau atau biri-biri (kibas).

Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as.


Ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ke atas setiap hamba-Nya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as. berdasarkan firman Allah di dalam surah As-Soffat ayat 107 yang bermaksud :

“Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibas) yang besar.”

Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah SWT di dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud :

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur."


PENGERTIAN AQIQAH

Dari segi bahasa, aqiqah membawa maksud kepada “rambut yang tumbuh di atas kepala pada kala waktu lahirnya”.

Dari segi hukum syarak pula, aqiqah memberi maksud “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu”.

Menurut Imam Syafi’e ibadah ini adalah sunat muakkad, yakni sunat yang dituntut. Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Bahagian Aqiqah Anak Lelaki 

Kadar Aqiqah bagi seorang anak lelaki adalah dua ekor kambing.

Bahagian Aqiqah Anak Perempuan

Manakala untuk anak perempuan pula seekor kambing.


  Ini sesuai dengan riwayat Aisyah ra yang bermaksud:

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”


Aqiqah Lembu atau Unta Sebagai Ganti Kambing

Menurut mazhab al-Syafi’e, kambing boleh digantikan dengan lembu atau unta.

Ini seperti yang disebutkan al-Imam al-Nawawi Rahimullah dalam kitabnya al-Majmu’:

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas.


Kemampuan Untuk Melakukan Aqiqah

Ibu bapa yang tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari boleh ditangguhkan ketika anak berusia 14 hari. 

Kemudian jika masih tidak mampu untuk melakukannya, boleh dilanjutkan sehingga anak berusia 21 hari. 

Jika masih tidak berkemampuan, sunat untuk mereka membuat aqiqah apabila anak itu dewasa (baligh) kelak.


Jenis Haiwan Yang Sesuai Untuk Qurban / Aqiqah

  1. Kibas: Satu tahun atau telah gugur gigi susuan / hadapannya.
  2. Biri-biri dan kambing: melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya.
  3. Lembu dan kerbau: melebihi dua tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun


Haiwan terbaik untuk sembelihan Qurban / Akikah hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan sihat, tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.


Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.


PROGRAM QURBAN / AKIKAH DI KEMBOJA



KENAPA KEMBOJA?



 Kehidupan umat Islam Kemboja lebih susah dan terlalu miskin serta daif.


  Peluang makan daging hanya pada Hari Raya Haji kerana terlalu miskin dan tidak berkemampuan.


 Kenduri perkahwinan biasanya banyak diadakan pada musim Raya Haji kerana mengharapkan sumbangan daging qurban untuk majlis tersebut yang dihadiri di kalangan penduduk Islam yang miskin juga. 



  Kadar harga haiwan qurban sangat mampu qurban berbanding harga di Malaysia.


  Umat Islam Kemboja merupakan kaum minoriti dan kurang bantuan daripada kerajaan seperti zakat dan baitulmal. 




Perjalanan masuk ke penempatan umat Islam di pedalaman Kemboja sangat mencabar dan banyak rintangan kerana kemudahan jalan darat masih daif.


Ini bukan reban ayam! Ini adalah rumah seorang nenek di pedalaman Kemboja.



Di kala kita sibuk "renovate" dapur sedangkan dapur mereka masih berlantaikan tanah..



Kesian yer... Mereka ibarat hidup 30-40 tahun ke belakang... Agak-agaknya siapa yang perlu bantu mereka jika bukan kita? Ini adalah peluang untuk rebut pahala akhirat...



JOM QURBAN BERSAMA HALAQAH MUKHLISIN DI KEMBOJA



Berpengalaman mengendalikan ibadah qurban di Kemboja sejak tahun 2014.




Mendapat lantikan wakil yang sah daripada Persatuan Pembangunan Masyarakat Islam Kemboja untuk urusan qurban dan wakaf telaga.




Meraikan umat Islam Kemboja setiap tahun pada Hari Raya Haji bersama Pengerusi ADCC.




Gotong-royong oleh penduduk kampung untuk jamuan selepas program qurban.

Keadaan tidak ubah seperti zaman atuk nenek kita pada tahun 70an.




Memasak dengan dapur kayu api sahaja.




Syukur asbab sumbangan daripada rakyat Malaysia, mereka dapat makan daging qurban beramai-ramai pada Hari Raya Haji



PAKEJ QURBAN / AKIKAH DI KEMBOJA



QURBAN / AKIKAH LEMBU KEMBOJA


1 BAHAGIAN = RM 400

1 EKOR = RM 2800





QURBAN / AKIKAH KAMBING KEMBOJA 


1 EKOR = RM 800



PROGRAM QURBAN DI TANAH SUCI MEKAH



APA KELEBIHANNYA DI MEKAH?


 Ambil keberkatan tanah suci Mekah.

 Pahala berlipat kali ganda. 

 Tempat berlakunya peristiwa Nabi Ibrahim as menyembelih Nabi Ismail as.

 Daging korban ditinkan dan diagih ke negara miskin.




Kambing dan kibas yang telah sedia untuk diqurbankan di pusat sembelihan Kilo Asyara, Mekah Al Mukarramah.




Unta bersaiz besar yang sesuai untuk ibadah qurban



PAKEJ QURBAN / AKIKAH DI MEKAH


Video perlaksanaan akikah di Mekah Al Mukarramah


 

QURBAN / AKIKAH KAMBING MEKAH


1 EKOR = RM 550 sahaja


K

QURBAN / AKIKAH UNTA MEKAH


1 BAHAGIAN =RM 700 sahaja

1 EKOR =  RM 4900 sahaja






Kami ada lagi 1 tempat untuk sumbangan qurban..


PAKEJ QURBAN / AKIKAH DI BANGLADESH



KENAPA BANGLADESH?



 Kehidupan umat Islam Bangladesh lebih susah dan terlalu miskin serta daif.


  Peluang makan daging hanya pada Hari Raya Haji kerana terlalu miskin dan tidak berkemampuan.


 Sumbangan qurban dan akikah disalurkan ke pusat tahfiz dan pusat anak yatim di Bangladesh.



  Kadar harga haiwan qurban sangat mampu qurban berbanding harga di Malaysia.





APAKAH KELEBIHAN IBADAH QURBAN MELALUI

HALAQAH MUKHLISIN?


 Cara pendaftaran yang lebih sistematik, mudah dan lebih teratur.


 Cara pembayaran mudah melalui sistem online (bank transfer atau ToiyyibPay).


 Akad perlaksanaan ibadah qurban secara online.


 Boleh disertai oleh seluruh umat Islam seluruh dunia khasnya dari Malaysia dan Singapura.


 Gambar perlaksanaan ibadah qurban disediakan.


 Video perlaksanaan  juga insya-Allah akan dirakam.


 Sijil digital penyertaan akan dihantar melalui whatsapp dalam tempoh 60 hari selepas selesai perlaksanaan qurban.


Sila join channel telegram di bawah untuk lihat dan tonton gambar serta video perlaksanaan dan kongsikan dengan sahabat serta saudara mara anda. Semoga korban, akikah dan sedekah jariah anda akan berterusan seperti mengalirnya air di sungai..

https://t.me/sedekahdagingsabilmekah


Syarat Penyertaan


 Terbuka kepada semua umat Islam khasnya dari Malaysia dan Singapura.


 Pendaftaran terus melalui borang Onpay ini atau melalui wakil yang sah sahaja.


 Pendaftaran 1 borang untuk 1 jenis haiwan qurban sahaja. Contoh : 7 bahagian lembu kemboja untuk 1 borang.  Jika nak tambah 1 ekor kambing, boleh isi borang berasingan.


 Sila isikan detail untuk setiap bahagian peserta qurban seperti nama, no tel dan email.


 Pastikan semua detail seperti email, no tel, alamat serta ejaan pada nama peserta betul.


 Setelah selesai pendaftaran, pengesahan pendaftaran akan dibuat dalam masa 24-48 jam. Pengesahan akan dihantar melalui email.


 Sila baca dan faham wakalah akad penyertaan sebelum menghantar borang penyertaan. Wakalah akad penerimaan akan diemailkan selepas pengesahan.


 Gambar perlaksanaan ibadah qurban akan dihantar melalui whatsapp.


 Sijil digital penyertaan akan dihantar melalui whatsapp dalam masa 60 hari dari tarikh qurban.


 Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi terus melalui whatsapp pada link di bawah:


http://wasap.my/60123845900/qurbanakikah




WAKALAH AKAD IBADAH QURBAN / AKIKAH 2023


Saya .....................(nama anda / pendaftar) mewakilkan kepada Halaqah Mukhlisin Resources untuk menguruskan perlaksanaan ibadah *qurban / akikah* di atas nama yang didaftarkan, dengan bilangan bahagian dan harga yang dipersetujui di dalam borang pendaftaran di bawah pada tahun 1445H / 2024M kerana Allah Taala.


Saya juga bersetuju untuk menyumbang baki lebihan (jika ada) untuk pembinaan / operasi / aktiviti di bawah Halaqah Mukhlisin.


Semoga ibadah qurban / akikah pada tahun ini dipermudahkan dan diberkati Allah Taala...


Aminn... Ya Rabbal 'Alaminn...











Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
KORBAN LEMBU KEMBOJA ( 1 BAHAGIAN ) RM 400 / SGD 150 HABIS STOK
AKIKAH LEMBU KEMBOJA ( 1 BAHAGIAN ) RM 400 / SGD 150
KORBAN KAMBING KEMBOJA ( 1 EKOR ) RM 800 / SGD 260
AKIKAH KAMBING KEMBOJA ( 1 EKOR ) RM 800 / SGD 260
KORBAN KAMBING MEKAH ( 1 EKOR ) RM 550 / SGD 180
AKIKAH KAMBING MEKAH ( 1 EKOR ) RM 550 / SGD 180
KORBAN UNTA MEKAH ( 1 BAHAGIAN ) RM 700 / SGD 250
AKIKAH UNTA MEKAH ( 1 BAHAGIAN ) RM 700 / SGD 250
AKIKAH KAMBING BANGLADESH ( 1 EKOR ) RM 800 / SGD 260
KORBAN KAMBING BANGLADESH ( 1 EKOR ) RM 800 / SGD 260
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel halaqahmukhlisinr@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaSHAHRIZAL SALLEH
No. Akaun8004938681
Buka CIMB Clicks  
PenamaHALAQAH MUKHLISIN TRAVEL & TOURS
No. Akaun8605218621
Buka CIMB Clicks  
POSB SINGAPORE
PenamaSHAHRIZAL SALLEH
No. Akaun009747435


Maklumat Peniaga

HALAQAH MUKHLISIN
halaqahmukhlisinr@gmail.com